Sunday, April 25, 2010

Bila Azan Berkumandang

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.
Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "HENDAKLAH KAMU MENDIAMKAN DIRI KETIKA AZAN, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu
semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."


*dinakolkan daripada himpunan tazkirah*


Itulah hebatnya kalimah Allah yang sentiasa berkumandang tanpa henti mewarnai alam semesta..bayangkan kalaulah tidak berkumandang atau tiba2 hilangkan seruan azan di muka bumi ini apakah yang akan belaku pada kita??Oleh itu sebelum Allah menarik balik kalimah2nya..bersama lah tadabbur maknanya hormatilah seruannya ketika Muazzin melaungkannya..INSYAALLAH hidup kita kan lebih diberkati dan dirahmati...


*sejuk hati ini bila melihat gelagat ank yang baru mencecah umur 8bln terberhenti bermain ketika mendengar azan dilaungkan kemudian mendengar dengan khusyuk dan seterusnya meniru cara muazzin td melaungkan azan walaupun dengan menggunakan bahasanya sendiri...*

bila ank semakin membesar



" Wajah suci anak kecil yang belum tercarit dengan sekelumit dosa pun hidup penuh dengan keriangan.." Bila memandang anak sendiri penat bekerja terus je hilang baru kerja setengah hari pun dah mula rasa rindu kt ank membuak2 jer..tapi htku sedih pilu bila mengenangkan nasib ank2 kecil yg comel2 dilahirkan dilorong2 sepi,dibuang tanpa rasa belas kasihan lagi memilukan ank yg comel ini dilontar kedinginan hanya berbalut sehelai kain lalu dagingnya diratah oleh sang anjing..MASYAALLAH mana lah hilangnya perikemanusiaan???sedangkan memandang wajah yg suci ini terasa ketenangan yng teramat sangat belum lg memeluk dan mencium baunya..(biarpun masam2 bau peluh dan air liur basinya)...wangi seharum kuntuman kasturi..Duhai anak buah hati ummi moga kehadiranmu membuahkan lagi rasa kesyukuranku pd Allah ,rasa kasih cintaku pd suami n rasa sayang pd org tuaku..kau lah anugerah paling bernilai...bila kesunyian kaulah peneman,bila kesayuan kau lah penghibur..moga Allah melindungimu..anakku..Ahmad Danish Abror bin Mohd. Hidayat

Sunday, April 18, 2010

bestnya..bnyak mainan


Abrar g makan2










*camana ab tak masam muka...dapat makan ktupat jer, tak bg kat ab sate n kerang tu...

bau sedap...ammu makan sampai tak plawa ab! sedey sgt...

*ngan mak long, eyang mai...ammu n umi


* Ab merajuk...umi dukung Ab...tp mcm nak jalan sndiri jer... eh lum pndai jalan! :)

Friday, April 16, 2010

MUTIARA KATA

1) Wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau
2) Ubahlah berbagai kerugian menjadi keberuntungan...buatlah dari limau yang masam menjadi minuman yg manis...tuangkan segenggam gula ke dalam air yang panas dan sesuaikan dengan seleramu.
3)Jika org memerlukanmu, maka itu adalah kenikmatan...jangan mengabaikan keperluan mereka, kerana itu adalah bencana. Ketahuilah bahawa saat-saat terbaikmu adalah saat anda dicari oleh org, bukan saat anda mencari org lain.
4) Kelmarin telah berlalu, hari ini adalah perantara esok, esok belum tentu masih ada dan anda berada spt saat ini...
5) Jika tidak ada org yg iri hati dan dengki kepadamu, maka anda tidak memiliki kebaikan sedikitpun. Jika anda tidak mempunyai teman maka anda tidak berakhlak...jika anda tidak mempunyai agama, maka anda tidak berperinsip.
*sumber: Berlian publication sdn bhd

Wednesday, April 14, 2010

Amar Ma'ruf Nahi Mungkar

Perbulan Anjing dan Lembu yang menginsafkan

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada
yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je
aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia
lelaki dan perempuan yang sedang
berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat
dan terus melompat dan berkata "Hoi
anjing, pergi jauh-jauh, najis!".



LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis
tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon,
kalau dia tersentuh aku, boleh disamak.
Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia
tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg
bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah,
lebih dahsyat kenajisannya daripada
memegang ko anjing, malah tak boleh suci
sekalipun disamak.

NJING: Wah.. ayat ko memang power la...
manusia kena ubah pepatah "Pandai macam
LEMBU"

Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan
daripada ibnu majah menyatakan bahawa
"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu
adalah lebih baik berbanding dengan
bersentuhan (secara sengaja) dengan
wanita yang bukan mahram". Bersentuhan
(dengan sengaja & apatah lagi bertujuan
syahwat)adalah berdosa dan wajib
bertaubat (bagi membersihkan dosa).
Sedangkan menyentuh anjing tidaklah
berdosa dan hanya perlu disuci (bukan
bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah
satu kesalahan (dosa) atau maksiat.
Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram
adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain
yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala
yang ditusuk dengan besi itu lebih baik
daripada menyentuh kaum yang bukan
sejenis yang tidak halal baginya'.
(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah
sama orang-orang yang mengetahui dengan
orang-orang yang tidak mengetahui?
Sesungguhnya orang-orang yang dapat
mengambil pelajaran dan peringatan
hanyalah orang-orang yang berakal
sempurna". (Surah Zumar: 9)

kasih Ibu

...
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s a w bersabda, " ada dua org perempuan sedang bermain2 dengan anak mereka. Tiba2 datang saekor serigala dan menerkam salah saorang anak itu, kemudian dibawanya lari. Maka ibu yg mempunyai anak yg diterkam berkata kpd yg anaknya selamat " yang dibawa lari serigala ialah anakmu"...temannya pun mmbantah : "bukan! yg diterkam serigala anakmu,
YANG MANA SATU IBUNYA
mereka saling berebut, maka kedua2 nya bersepakat menemui nabi Daud a.s utk mmnta banatuan. Lalu Nabi Daud memberikan keputusan bahawa anak tsbt ialah putera drpd ibu yg lbih tua usianya...
BELAH ANAK ITU
kerana tidak puas hati, kmudian mreka...mengadukan kpd Nabi Sulaiman bin Daud a s... bawalah kpda ku sebilah pisau utk membelah anak ini...agar masing2 mndapatkan bhagiannya. Perempuan yg lebih muda berkata.." jangan lakukan semuga Allah mmberi rahmat kpd mu, itu anak dpd ibu ini.." katanya sambil mnunjuk kpd ibu yg lbih tua...
makam Nabi Sulaiman memutuskan bahawa anak tsbt putera dpd ibu yg lbih muda....

*sumber dr: 101 kisah & Pengajaran daripada al-Quran al-hadis & hayatus Sahabah.

Monday, April 12, 2010

tazkirah rengkas

1) Anjuran untuk berlemah lembut dan memuliakan org yg lemah dan miskin, memenuhi keperluan mereka, tidak melukakan hati mereka dan tidak menghina mereka.

2) Allah pasti menguji hamba-hambaNya, untuk mengetahui antara mereka siapa yg bersyuklur dan kufur nikmat, siapa yg soleh dan ingkar

3) Kita diwajibkan mensyukuri nikmat Allah dan dilarang kufur serta mengingkari nikmat

4) Banyaknya harta yg diberikan Allah pada seorang hamba bukan menandakan bahawa Allah lebih mencintai hamaba tersebut, sebab dengan harta itu bAllah akan menguji para pemilik harta.

5) Bakhil dan kedekut adalah perbuatan yang dicela oleh Islam


* sumber: 101 kisah & pengajaran dr al-Quran al-hadis & hayatus sahabah
oleh Zahazan Mohamed

Abrar n famili...masa raya aidilfitri

abrar baby lagi...ada nenek, eyang mai, maklong, cik nin ammu n tetamu dr S'pura

Abrar...dua bulan lalu


*kat rumah eyang Mai...

Sunday, April 11, 2010

salam

secara rasminya: blog ini adalah untuk tatapan umum...salam ukhuwah salam silaturrahim...dari ummu buat semua

anakku permata hatiku..